BENGKEL DISKUSI ISU ISLAM SEMASA

PIM yang diwakili oleh Encik Mohd Radzi Ya'acob (Bendahari)dan Puan Nor Hasma Othman (Penolong SU) telah menyertai Bengkel Diskusi Isu Islamn Semasa 2015 di di bawah anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 2-4 Jun 2015 di City Villa Hotel KL.

Objektif Bengkel
1) Bertukar maklumat dan pengalaman menangani permasalahan isu-isu Islam semasa yang perlu diberi perhatian dan ancamannya ke atas pegangan akidah umat Islam serta keharmonian Negara.

2) Berkongsi maklumat mengenai strategi musuh Islam cuba menggugat kedaulatan Negara Islam dan memecahbelahkan umat melalui perang psikologi dan pemikiran.

3) Bersama-sama memikirkan kaedah berkesan menyampaikan kefahaman Islam dan mewujudkan keselarasan kefahaman di kalangan masyarakat untuk membangkitkan kesatuan suara umat Islam dalam hal-hal kritikal survival umat Islam sejagat.

4) Menginsafi bahawa tanggungjawab menjaga agama daripada sebarang ancaman atau bahaya adalah tanggungjawab semua umat Islam menurut kadar kemampuan masing-masing dengan cara yang pelabgai berdasarkan kebolehan pekerjaaan, bidang dan kedudukan masing-masing dalam masyarakat.





















Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT

TEMASYA SUKAN DESA TEMUAN

PROJEK KG ANGKAT