RAYA HARMONI

PIM dan ahli Gabungan ACCIN, menyertai Raya Harmoni bersama NGO-NGO Islam anjuran GDM, ACCIN dan GASMA.

     Bertempat di Tempat letak kereta Anjung A, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah berlansungnya Majlis Jamuan Raya Harmoni hasil penganjuran bersama ACCIN, GASMA dan GDM. PIM selaku ahli gabungan ACCIN turut tidak melepaskan peluang bersama-sama memeriahkan Jamuan Raya Harmoni pada kali ini. 
Pameran PIM..
     Pada majlis ini, dianggarkan seramai 4000 orang yang terdiri dari golongan bukan islam, orang perseorangan serta pertubuhan bukan islam di kawasan sekitar Kuala Lumpur  telah menghadiri jemputan dan juadah untuk jamuan raya ini telah disumbangkan oleh Restoran Mohd Chan dengan menu masakan cina muslim seperti pau, mee kari dan sebagainya.
   
      Selain juadah yang disediakan oleh Restoran Mohd Chan, setiap NGO yang terlibat juga telah menyediakan menu juadah masing-masing. Pihak PIM juga tidak melepaskan peluang menyediakan beberapa menu untuk Jamuan Raya Harmoni. Antara menu yang disediakan ialah laksa, lemang, rendang ayam dan menu tradisional orang asli, lemang periuk kera dan ubi rebus yang menjadi perhatian pengunjung pada kali ini.
Tradisional..lemang periuk kera di booth PIM
   
  Bagi mengisi jadual sepanjang jamuan, pihak penganjur majlis dengan kerjasama pihak Masjid Wilayah Persekutuan turut mengadakan aktiviti 'Mosque Tour' yang dikhaskan untuk golongan bukan islam. Aktiviti yang tidak dikenakan sebarang bayaran ini dijalankan untuk memberi lebih pemahaman berkaitan islam dan masjid  kepada golongan yang terbabit. Untuk pengetahuan, Masjid Wilayah merupakan satu-satunya masjid di Kuala Lumpur yang menjalankan aktiviti berkenaan sebagai tarikan pelancong dan perkongsian ilmu pengetahuan.
   
         Selain itu, ruang pameran dari NGO-NGO yang terlibat turut disediakan dan pengunjung boleh melawat setiap gerai yang memaparkan aktiviti yag dijalankan setiap NGO.  Pada ruang pameran ini, PIM berkongsikan maklumat  tentang Projek Kampung Orang Asli angkat dan produk-produk kraftangan yang telah dihasilkan melalui projek ini. PIM juga menyediakan risalah-risalah untuk diedarkan kepada pengunjung sekaligus dapat menyebarkan dakwah kepada golongan bukan islam.
Ceramah dari salah seorang cina muallaf.

     Selain pameran, penganjur turut memanggil penceramah dari kalangan NGO yang terlibat dan golongan muallaf bagi mengisi aktiviti majlis. Melalui ceramah, pengunjung dan para jemputan bukan sahaja dapat menambah ilmu berkaitan islam malah dapat berkongsi cerita dengan golongan bukan islam yang turut sama memeriahkan majis.
Duit raya..Pengerusi ACCIN Bro Jamal
menyerahkan sumbangan duit raya kepada golongan tua.
   
      Dalam kemeriahan majlis Jamuan Raya Harmoni, tidak dilupakan golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan asnaf, anak yatim dan golongan orang tua. Oleh itu, pihak penganjur menjemput golongan-golongan ini untuk sama-sama memeriahkan majlis jamuan yang diadakan sambil beramal dengan memberi sedikit sumbangan raya kepada mereka. 


Comments

Popular posts from this blog

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT

TEMASYA SUKAN DESA TEMUAN

PROJEK KG ANGKAT