Posts

Showing posts from June, 2017

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT

Image
PIM bersama dengan Universiti Malaya telah memulakan Program Jalinan Masyarakat (PJM) sejak bulan Februari hingga Mei 2017. PJM ini melibatkan 148 orang pelajar tahun pertama Fakulti Undang-Undang di bawah Timbalan Dekan Dr Nadrahatul Wardah. 8 biro telah ditubuhkan untuk menjalankan program ini :- * BIRO ILMIAH * BIRO KOMUNITI * BIRO PEJABAT & BALAI ADAT * BIRO PERNIAGAAN * BIRO DANA * BIRO PROFILING * BIRO DOKUMENTASI * BIRO HARI KELUARGA Hasil dari PJM ini, PIM telah membantu untuk menguruskan  SUNDAY MARKET yang dijalankan sekali sebulan pada hari Ahad minggu kedua. Lebih kurang 40 gerai berniaga pelbagai jenis dari makanan, minuman, barangan terpakai, perfum, kosmetik,  mainan dan macam-macam lagi. Pada 14 Mei 2017, PJM mengadakan Hari Keluarga dengan jemputan 10 buah kampung orang asli dari daerah Petaling dan Gombak.