Posts

Showing posts from 2015

BENGKEL DISKUSI ISU ISLAM SEMASA

Image
PIM yang diwakili oleh Encik Mohd Radzi Ya'acob (Bendahari)dan Puan Nor Hasma Othman (Penolong SU) telah menyertai Bengkel Diskusi Isu Islamn Semasa 2015 di di bawah anjuran Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pada 2-4 Jun 2015 di City Villa Hotel KL. Objektif Bengkel 1) Bertukar maklumat dan pengalaman menangani permasalahan isu-isu Islam semasa yang perlu diberi perhatian dan ancamannya ke atas pegangan akidah umat Islam serta keharmonian Negara. 2) Berkongsi maklumat mengenai strategi musuh Islam cuba menggugat kedaulatan Negara Islam dan memecahbelahkan umat melalui perang psikologi dan pemikiran. 3) Bersama-sama memikirkan kaedah berkesan menyampaikan kefahaman Islam dan mewujudkan keselarasan kefahaman di kalangan masyarakat untuk membangkitkan kesatuan suara umat Islam dalam hal-hal kritikal survival umat Islam sejagat. 4) Menginsafi bahawa tanggungjawab menjaga agama daripada sebarang ancaman atau bahaya adalah tanggungjawab semua umat Islam menurut kadar kem

KEM AKTIVITI PIM

Image
Kem kali ini membawa peserta ke Homestay Dorani Sg Besar Kuala Selangor. Seramai 20 peserta dan 3 fasilitator melalui kem 3 hari 2 malam ini pada 30 Mei hingga 2 Jun 2015. Remaja dari Kg Orang Asli Desa Temuan yang seramai 16 orang menimba pengalaman hidup di sawah dengan mengagau ikan di bentang padi dan mengutip remis di tepi pantai. Aktiviti kem ini termasuk mencanting batik, membuat layang-layang, menumbuk padi, permainan bola sepak dan jalan malam di kawasan sawah padi.