Posts

RAYA HARMONI

Image
PIM dan ahli Gabungan ACCIN, menyertai Raya Harmoni bersama NGO-NGO Islam anjuran GDM, ACCIN dan GASMA.

     Bertempat di Tempat letak kereta Anjung A, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah berlansungnya Majlis Jamuan Raya Harmoni hasil penganjuran bersama ACCIN, GASMA dan GDM. PIM selaku ahli gabungan ACCIN turut tidak melepaskan peluang bersama-sama memeriahkan Jamuan Raya Harmoni pada kali ini.       Pada majlis ini, dianggarkan seramai 4000 orang yang terdiri dari golongan bukan islam, orang perseorangan serta pertubuhan bukan islam di kawasan sekitar Kuala Lumpur  telah menghadiri jemputan dan juadah untuk jamuan raya ini telah disumbangkan oleh Restoran Mohd Chan dengan menu masakan cina muslim seperti pau, mee kari dan sebagainya.

      Selain juadah yang disediakan oleh Restoran Mohd Chan, setiap NGO yang terlibat juga telah menyediakan menu juadah masing-masing. Pihak PIM juga tidak melepaskan peluang menyediakan beberapa menu untuk Jamuan Raya Harmoni. Antara menu y…

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT

Image
PIM bersama dengan Universiti Malaya telah memulakan Program Jalinan Masyarakat (PJM) sejak bulan Februari hingga Mei 2017.

PJM ini melibatkan 148 orang pelajar tahun pertama Fakulti Undang-Undang di bawah Timbalan Dekan Dr Nadrahatul Wardah.

8 biro telah ditubuhkan untuk menjalankan program ini :-

* BIRO ILMIAH
* BIRO KOMUNITI
* BIRO PEJABAT & BALAI ADAT
* BIRO PERNIAGAAN
* BIRO DANA
* BIRO PROFILING
* BIRO DOKUMENTASI
* BIRO HARI KELUARGA


Hasil dari PJM ini, PIM telah membantu untuk menguruskan  SUNDAY MARKET yang dijalankan sekali sebulan pada hari Ahad minggu kedua.
Lebih kurang 40 gerai berniaga pelbagai jenis dari makanan, minuman, barangan terpakai, perfum, kosmetik,  mainan dan macam-macam lagi.

Pada 14 Mei 2017, PJM mengadakan Hari Keluarga dengan jemputan 10 buah kampung orang asli dari daerah Petaling dan Gombak.










TADARUS DI IQRA

Image
Ahamdulillah INC telah menjalakan ibadah bertadarus bersama anak-anak Iqra' dan telah berjaya khatan pada 16 Jun 2016.






















SUMBANGAN RAMADHAN 2016

Image
PIM telah pada 25hb Jun 2016 menyerahkan sumbangan Ramadhan berbentuk hamper makanan asas dan duit kepada 31 rumah di Seksyen 4, 5 dan 8 Kota Damansara iaitu di PPR Kota Damansara, Gugusan Kemuning, Gugusan Dahlia, Gugusan Kesumbar, Siantan.

Seramai 166 anak-anak yatim dan miskin telah dihadiahkan dan 31 ketua rumah termasuk ibu tunggal.