Posts

PROGRAM JALINAN MASYARAKAT

Image
PIM bersama dengan Universiti Malaya telah memulakan Program Jalinan Masyarakat (PJM) sejak bulan Februari hingga Mei 2017. PJM ini melibatkan 148 orang pelajar tahun pertama Fakulti Undang-Undang di bawah Timbalan Dekan Dr Nadrahatul Wardah. 8 biro telah ditubuhkan untuk menjalankan program ini :- * BIRO ILMIAH * BIRO KOMUNITI * BIRO PEJABAT & BALAI ADAT * BIRO PERNIAGAAN * BIRO DANA * BIRO PROFILING * BIRO DOKUMENTASI * BIRO HARI KELUARGA Hasil dari PJM ini, PIM telah membantu untuk menguruskan  SUNDAY MARKET yang dijalankan sekali sebulan pada hari Ahad minggu kedua. Lebih kurang 40 gerai berniaga pelbagai jenis dari makanan, minuman, barangan terpakai, perfum, kosmetik,  mainan dan macam-macam lagi. Pada 14 Mei 2017, PJM mengadakan Hari Keluarga dengan jemputan 10 buah kampung orang asli dari daerah Petaling dan Gombak.

TADARUS DI IQRA

Image
Ahamdulillah INC telah menjalakan ibadah bertadarus bersama anak-anak Iqra' dan telah berjaya khatan pada 16 Jun 2016.

SUMBANGAN RAMADHAN 2016

Image
PIM telah pada 25hb Jun 2016 menyerahkan sumbangan Ramadhan berbentuk hamper makanan asas dan duit kepada 31 rumah di Seksyen 4, 5 dan 8 Kota Damansara iaitu di PPR Kota Damansara, Gugusan Kemuning, Gugusan Dahlia, Gugusan Kesumbar, Siantan. Seramai 166 anak-anak yatim dan miskin telah dihadiahkan dan 31 ketua rumah termasuk ibu tunggal.