Posts

BENGKEL SUKARELAWAN

Image
Sebuah bengkel sukarelawan telah diadakan pada Sabtu 25hb April 2015 di Iqra'. Bengkel ini dikendalikan oleh Mrs Dana Ward yang telah memberi ceramah dalam cara-cara menjadi seorang sukarelawan. Selain dari itu Ustaz Ikhwan telah membuat latihan bersama peserta bagi membuka minda dan membentuk akhlak serta menajamkan tumpuan dan keyakinan diri.

KUNJUNGAN ROMBONGAN DARI KOLEJ PENDIDIKAN ISLAM PERKASA

Image
PIM telah dikunjungi oleh rombongan dari Kolej Pendidikan Islam PERKASA dari Patani, Thailand pada 20hb April 2015. PERKASA merupakan sebuah institusi yang akan menglahirkan guru-guru agama.  Dijangka pembukaan dan pendaftaran bagi pelajar tahun pertama akan dilangsungkan pada akhir bulan April 2014. Rombongan ini di ketuai oleh Ustaz Khorde Chehlae.  Kunjungan mereka adalah untuk mengeratkan silaturahim dan juga memberi peluang untuk PIM berkerjasama dan hulur bantuan yang berkenaan kelak.

TEMASYA SUKAN DESA TEMUAN

Image
Kg Orang Asli Desa Temuan Bukit Lanjan , Damansara Perdana telah melangsungkan Temasya Sukan bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan pada 26hb April 2015 di padang sekolah. PIM terut serta dengan membuka sebuah booth bagi pendaftaran Kelab Remaja PIM dan juga pendaftaran untuk Pesta Hari Ibu yang akan dikendalikan pada 10hb Mei 2015 di dewan komuniti Desa Temuan.