Posts

Tazkirah Bulanan

Image
Tazkirah bulanan diadakan di Iqra' PIM TTDI pada hari Jumaat jam 8.00 malam hingga 9.30 malam yang disampaikan oleh Ustaz Shahid, Imam Masjid Ghufran, KL.  Beliau memandukan tazkirah dengan kitab Siyarus Salikin. Tazkirah bagi bulan April pada 10hb Mac 2015 dengan kitab Siyarus Salikin. NASYID DOA IMAN OLEH ANAK-ANAK IQRA' PIM   Tazkirah bagi bulan Mac pada 13hb Mac 2015  dengan kitab Siyarus Salikin - Nasihat Agama Wasiat Iman. SELAWAT RASULULLAH BADRIYAH OLEH ANAK-ANAK IQRA' PIM

KARNIVAL USAHAWAN KG ORANG ASLI DESA TEMUAN

Image
Projek Kg Angkat PIM PIM telah dijemput oleh Kg Orang Asli Desa Temuan ke Karnival Usahawan nya pada tahun ini yang berlansung pada 29hb Mac 2015. PIM mengendalikan sesi 'Main sambil Belajar' di dewan komuniti Desa Temuan dengan kehadiran seramai 100 anak-anak dan remaja.

KEM PEMANTAPAN ILMU

Image
KPI bulan Mac 2015 telah dilangsungkan di Nur LembahPangsun, Hulu Langat, Selangor pada 15 - 17 Mac 2015 dengan penyertaan seramai 30 pelajar remaja dari INC, Bomba dan RJK. Kem 3H2M ini menempatkan peserta di semidorm yang diiringi oleh 7 orang ahli PIM dan makan minum di kafetaria NLP. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu Tahajjud, Dhuha, Witir, Hajat, Taubat. Aktiviti luar yang dijalankan adalah Wall Climbing, Jungle Treking, Kolam Rakit dan Flying Fox.  Sesi ilmu pula mengandungi Public Speaking dan Mainan Minda.  Sesi Ibadah dipenuhi dengan solat-solat fardhu dan sunat iaitu Tahajjud, Witir dan Dhuha serta dua sesi Tazkirah Keselematan dan Tazkirah Solat. Peserta juga diberi peluang untuk mandi di kolam. Aktiviti luar dikendalikan oleh Bomba Sukarelawan. WALL CLIMBING KOLAM RAKIT TAKLIMAT  DI ...