Posts

Showing posts from May, 2015

TAZKIRAH ISRAA' MIKRAJ

Image
Tazkirah Bulanan kali ini menyentuh Israa' Mikraj yang disampaikan oleh Ustaz Shahid pada 16hb Mei 2015. Pada hari tersebut, sempat juga PIM meraikan secara kecilan Hari Guru.

BENGKEL USAHAWAN

Image
Bagi memberi peluang untuk kaum ibu menambahkan sumber pendapatan, PIM telah mengadakan satu bengkel usahawan dalam tujuan menunjuk jalan aspek perniagaan. Bengkel dilangsungkan pada 17hb Mei 2015 di Kg Desa Temuan pada pukul 11.00 pagi hingga 12.30 petang dan In Sya Allah operasi unit usahawaan akan ditempatkan di billik di belakang dewan komuniti dengan memulakan menyediakan bahan makanan seperti roti bun yang akan dibekalkan ke sekolah di situ. Selain dari minat memasak, kaum ibu juga mahir dalam kraftangan di mana ada yang menjalankan pernigaan menjahit dan membuat beg, lapik meja dan dan lain-lain dari mengkuang.

HAK ASASI KEMANUSIAAN dalam TRADISI ISLAM

Presiden PIM selaku Pengerusi bagi Forum Hak Asasi Kemanusiaan dalam Tradisi Islam telah berjaya melangsungkan Forum tersebut pada 7hb Mei 2015 di Alor Setar Kedah. Forum ini telah dihadiri oleh lebih daripada 500 orang yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah. Forum Hak Asasi Kemanusiaan dalam Tradisi Islam Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar 7hb Mei 2015 ATURCARA : 7.45 – 8.30 pg Pendaftaran 8.40  pg Ketibaan YAB Menteri Besar Kedah. Negara Ku dan Allah Selamatkan Sultan Bacaan Quran dan terjemahan Pengerusi Majlis (MC) – En Ismail Latiff 8.50- 8.55 pg Ucapan Aluan Pengerusi Bersama Forum – Dato Hj Noh Hj Dahya 9.00 – 9.30pg Ucaptama  Menteri Besar Kedah dan upacara  perasmian  9.30 – 9.40 pg 9.40-10.15 pg Pelancaran Buku HAK dalam Tradisi Islam

PESTA KELUARGA SEMPENA HARI IBU

Image
Pada 10hb Mei 2015, PIM telah mengadakan sebuah pesta keluarga sempena Hari Ibu di Kg Orang Asli Desa Temuan, khas untuk ibu-ibu kampung. Pesta sempena Hari Ibu ini merupakan pesta yang pertama kali dilaksanakan di kampung ini. Pelbagai aktiviti dijalankan.  Para bapa pula berpeluang bermain bola sepak dan bersukaneka juga.